Wednesday 28 December 2011

ReNuNgaN bErSaMa..

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤
seringkali kita melakukan dosa,
tanpa kita sedar dosa2 yang kian membiak di hati kita,
dan kita tak pernah tahu sampai bila sebenarnya jasad ini akan bernyawa,
sentiasalah memohon keampunanNya,
... sebesar apa pun dosa yang telah tercipta,
kita tak mampu menarik kembali masa,
melainkan kita membetulkan kembali kesilapan yang kita dengan memohon taubat kepadaNya,
masa masih ada,
ruang taubat masih terbuka.
jangan sampai detik terakhir kita kembali kepadaNya dalam keadaan kita tidak bersedia...
✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤
Via : AkuIslam.com
✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤
usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodohmu, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan buatmu, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.
namun, jika tiada jodohmu dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, d...iikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang. sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian.
oleh itu teman, sudahi air matamu, yakini takdirmu. setiap yang berlaku bersama hikmat yang tertentu.
berhenti mengejar cinta yang tidak pasti, apa yang terbaik kini, berdoalah hanya pada rabbi, semoga pintu hati ini hanya akan terbuka buat insan yang dipilih olehNya,bukannya cinta yang hadir kerana dipalit nafsu semata..
salam sayang~

♥: Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..

:♥: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

:♥: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..
...
:♥: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

:♥:Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika bersama ALLAH

Tuesday 27 December 2011

Syok giler makang Raja Buah

Sape hantu durian ???? sume orang suke durian kan.... tp ade orang ckp durian xbagus, tapi aku tak kisah...bagi aku durian ni best dan enak...omputeh pon dah mula makan durian...

hahahaha..... best giler makang raja buah hari nim...sebenarnya lunch td on da way pi kedai makan ade orang jual durian (raja Buah)... ape lagi aku dan kengkawan (Leeya dan Sani) pon berhenti kan keta terus pi pilih durian . tadi kat kedai makan kami tapau nasi n lauk jew.. kebetulan si Sani beli singgang ikan... Leeya plak bagi cadangan kalu makan singgang + nasi + durian best gak... tu yang kami berhenti dan beli durian...

pilih punya pilih kami beli sebijik jew... sebijik RM5... kongsi 3 hahaha bukan kedekut tp takat nk makan dgn nasi oklah... balik opis sorang lagi member opis si Nuyu ajak aku kuar semula gie beli durian sebijik lagi... hadoiiii.... kami suh makcik (penjual ) kopekkan terus kulitnya... sebb kat opis mane ade golok atau pisau besar nk belah durian nim... kami dah standby tupperware utk letak isi durian tu..

haaaa ni gambo kami tgh makn durian + nasi + ikan aye singgang + sambal belacan... tp durian tue dah tgl biji dah pon...hehehehe... sani xdop dlm gambo nie coz dia tukang amik gambo kihkihkih...
                                   
ni plak gambo droyan tue...memang syok habisssssssssssss....nyam nyam....

Begitu terasa kenikmatannya tatkala seulas demi seulas buah durian mula dijamah. Enak sungguh dapat menikmati kelazatan raja buah ini setelah sekian lama tidak merasainya hehehe....rase mcm tak cukup jew makan durian tadi...huhuhuhu....maklumlah beli 2 bijik jew...

disebabkan buah durian ni...meh kita pakat nyanyi ramai2 lagu nim ek...hehehehhe..

Lagu Durian Dah Berbunga - Mr. Os

Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)

Kate deme, sakit jatuh cinte
(jatuh cinte)
Sakit lagi bile jatuh tangge
(jatuh tangge)
Kate deme, cinte itu bute
(cinte bute)
Nasib baik teman tak merabe-rabe
(rabe-rabe)

* Bile musim deghoyan
Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking

Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor

Oh kome, dengoyan udah luroh
(udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh
(pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk
(dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)

Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
(nak ke mekoh)
Yang mude gatey nak menikoh
(nak menikoh)
Musim deghoyan banyok sedare mare
(ramey-ramey)
Bila nebas, seko tak nampak muke
(memang gitu)

testimoni pengguna pomepure

TESTIMONI PENGGUNA

Nama : Sharifah Jalilah binti Syed Abd Rahman
Umur : 39 , Lokasi : Jengka 24, Pahang
Penyakit dialami Masalah Asma, Migrain dan Gastrik serius.
Pengakuan: Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya saya kini saya kembali sihat dan segar seperti sediakala. Saya menghidapi penyakit Gastrik yang teruk sehinggakan badan saya tidak lagi mampu menerima makanan. Bila makan sahaja saya akan muntah dan batuk. Tambahan pula saya menghidap penyakit Lelah. Keadaan itu berlarutan sehingga saya dimasukkan ke Hospital selama sebulan lebih. Wang banyak keluar pada masa itu. Bila dengar sahaja dimana ada jual ubat yang berkenaan dengan penyakit saya beli sehingga beribu ringgit kerana penyakit tersebut saya terpaksa membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana tubuh saya tidak mampu dah nak buat kerja. Dirumah saya penuh dengan ubat-ubat sahaja. Tak dinafikan sudah macam Farmasi atau kedai ubat. Alhamdulillah, dengan bantuan suami yang memperkenal kan Jus Pomepure, saya mencuba nya. dengan hanya minum 50ml setiap pagi selama 4 hari sahaja penyakit saya beransur-ansur sembuh. Kini saya dah boleh makan seperti biasa. Sekarang saya tidak lepas kan peluang untuk berkongsi penyakit yang dialami ini kepada jiran-jiran saya. Jus Delima Pomepure sangat berkesan. Kini saya join pomepure untuk perkenalkan kepada rakan-rakan tentang Jus Delima ini. Terima Kasih suami ku, terima kasih Pomepure.

Nama : Ustaz Abdullah
Umur : 48 , Lokasi: Dungun,Terengganu
Penyakit dialami Diabetes, Darah Tinggi.
Pengakuan: Alhamdulillah.. dengan kuasa Allah s.w.t yang maha besar, kesihatan saya semakin pulih dengan hanya mengambil 50ml JUS DELIMA POMEPURE setiap pagi selepas subuh. Penyakit berkenaan hadir dalam diri saya 5 tahun lepas. Macam-macam dah produk di pasaran telah saya cuba tetapi kesannya tak seberapa. Alhamdulillah, ukuran kencing manis saya dari 32 turun mendadak sehingga 20 dalam masa 1 minggu mencuba Jus Delima Pomepure. Tubuh badan sudah semakin segar dan berpeluh. Sekarang tanpa ragu-ragu lagi saya mendaftar ahli pomepure dan berkongsi produk berkenaan bersama rakan-rakan.. InsyaAllah..

Nama : Syamsul
Umur : 35 , Lokasi: Paka,Dungun Terengganu
Penyakit dialami Kolestrol Tinggi dalam Darah
Pengakuan: Saya menghadapi masalah peningkatan kolestrol dalam darah. Doktor memberi saya 2 cara untuk mengurangkan kolestrol dalam badan iaitu dengan meminum Arak merah atau bersenam. Terkejut saya apabila Doktor yang merawat saya berkata begitu sedangkan saya beragama Islam. tentu sekali saya pilih dengan cara bersenam. Tetapi masa saya terhad & tidak sempat untuk melakukan senaman. Tidak lama selepas itu, seorang rakan menunjukkan satu produk bernama Pomepure. Saya kaji dahulu kandungan Pomepure tersebut dan terbaca satu artikel berkenaan di dalam kit yang disediakan yang menyatakan Jus Delima 4 kali lebih baik dari Arak merah dan 6 kali ganda lebih baik dari teh cina. 1 minggu mencuba tubuh terasa sakit-sakit dan kerap sakit kepala . Selepas itu saya pergi berjumpa dengan Doktor . Terkejut bahawa Doktor berkenaan telah mengesahkan kandungn kolestrol dalam darah adalah normal & tekan darah juga normal. Sakit kepala tersebut kerana proses mencuci darah dan membuang toksin. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan tanpa membuang masa saya masuk Ahli Pomepure dan bercerita kepada rakan-rakan dan Doktor terbabit tentang kebaikan Produk ini.

Nama : Mohamad bin Yusoff (Dikenali sebagai MH Mohd)
Umur : 55 tahun , Tumpat Kelantan
Penyakit dialami Kencing Manis
Pengakuan: Alhamdulillah pertama syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya kencing manis saya berkurangan dari 22 turun kepada 9 hanya 2 botol Jus Pomepure.Tiap-tiap pagi apabila bangun tidur, tangan dan kaki menjadi kebas dan letih. Dalam masa 1 minggu minum jus Pomepure sebanyak 50ml dua kali sehari, terbukti delima menyihatkan.. Badan mula berpeluh dan segar dan tidak cepat letih lagi. Setelah minum Jus pomepure beberapa hari saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Terkejut juga sudah banyak berubah bacaan meter doktor. Sebelum ini saya belum lagi mengambil apa-apa jenis ubat. Saya terus kan untuk botol kedua sehingga seterusnya.. Apabila melihat banyak perubahan dari segi paras gula dalam darah saya tadi.. saya membahagikan sebotol seorang kepada anak menantu untuk mencuba. Anak saya pun ada perubahan dari kecergasan dalam membuat kerja. Sebelum ini anak saya bila pulang ke rumah sahaja akan tidur tetapi sekarang badannya sudah bertenaga dan kurang tidur petang.. Terima Kasih Pomepure.

Nama : Hairy Amri AMN
Umur : 26, Kuala Lumpur
Penyakit dialami Salur pernafasan tersumbat.
Pengakuan: saya mempunyai masalah pada saluran pernafasan.disebabkan tabiat merokok saya,ia menjadikan masalah saya lebih rumit kerana ia menghasilkan lendir yang tersangkut pada kerongkong.namun setelah mencuba produk pomepure ini hampir selama 4 hari, ia memberi kesan yang amat mujarab,pada awal pagi saya akan mengeluarkan lendir-lendir yang tersangkut pada saluran pernafasan dan kerongkong saya.kini saya lebih selesa dan tidak mengalami batuk lagi pada awal pagi…

Nama : Shahrul Rizman B Samsuri
Umur : 5 Tahun , Jerantut Pahang
Penyakit dialami Leukemia dan Bengkak Limpa
Pengakuan: Sekarang adik sudah boleh bermain kejar-kejar dengan kawan-kawan adik. Adik sudah sihat tidak macam dulu lagi. Terima Kasih mak. ayah, atok kerana bagi adik minum jus Pomepure. Dulu adik selalu sakit-sakit, tubuh adik letih. nak makan ubat pun letih. sekarang adik bertambah sihat. Adik nk makan aiskrim.. (kata -kata adik Shahrul). Menurut ibu kepada adik Shahrul Rizman: Anak saya menghidapi penyakit Luekimia setelah sejak bulan 5 tahun 2009. Dulu.. Adik Sharul selalu demam dan tidak aktif macam kanak-kanak lain. Apabila doktor mengesahkan penyakit yang dialaminya, saya begitu terkejut dan mengalami trauma.. Lama-kelamaan saya boleh menerima dugaan yang Allah berikan ini. mungkin ada hikmah di sebalik penderitaan yang dialami anak saya. Kos perubatan anak saya sudah pun mencecah RM 22,000 . Penyakit nya hanya bertahan dengan ubat-ubatan kimia dan pelbagai produk kesihatan yang saya beli kat luar sana. Saya sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk mencuba pelbagai produk yang diberikan oleh saudara-saudari dan jiran terdekat.. Semuanya tidak menjadi sehinggalah saya berjumpa dengan produk bernama Pomepure. Jus Delima Asli yang begitu Ajaib. Saya berikan Sharul minum hanya 50ml sekali pagi dan malam selama 4 hari sahaja sudah nampak perbezaan yang ketara.. Anak saya sudah boleh berlari dimana sebelum ini hanya duduk di rumah sahaja dan banyak tidur. Alhamdulillah, Buah dari Syurga banyak khasiat dan penawar yang kita tak tahu.Terima Kasih Pomepure.

Nama : Latifah binti Mokhtar
Umur : 59 tahun , Jerantut Pahang
Penyakit dialami Sakit Jantung dan Mata Kelabu.
Pengakuan: Setelah melihat perubahan yang ketara anak saya.. Saya juga mengambil kesempatan untuk mencuba Jus Pomepure sebotol. Saya selalu sakit-sakit dada dibahagian kiri dan selalu sesak nafas. Saya mengalami penyakit jantung lebih kurang 4 tahun lepas. Saya menjaga pemakanan dan kurang mengambil makanan yang berlemak… tetapi sejak umur yang semakin lanjut, tubuh selalu letih dan mata semakin kabur. Alhamdulillah saya sudah mencuba sebotol jus pomepure dan kesan nya sangat banyak.Tubuh semakin ringan untuk bangun dan semakin bertenaga. Penyakit cepat letih pn semakin berkurangan. dada saya tidak lagi sakit sejak hari pertama minum jus ini. Terima Kasih Pomepure.

Perempuan yang Perasan Dia Cantik

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,
Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu...

Makanan Kesukaan Nabi – Makanan sunnah

assalam semua... terima kasih coz korang sudi baca blog saya nim...hari saya nk share makanan kesukaan Nabi Muhammad (s.a.w)... 

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat... sup

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut , membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

kalu korang perasan kan buah delima ade tersenarai kat no 10 tue... oleh yang demikian... jom lah pakat minum Jus delima POMEPURE nim..memang berbaloi...dah ramai yang cuba...dan dah ramai yang sihat (dgn izin ALLAH)...  nti saya upload gambar testimoni2 yang berjaya ek... tp pada entry yang akan datanglah...sekarang nie bz cikit...maklumlah saya ni kuli kat HQ Pomepure ni...hehehe klah chow lu...wassalam

Monday 26 December 2011

MiNat BeLajar BaHaSa K0reA..??

Suka film/ drama korea ?
Minat dengan bahasanya? Kalau aku, suka sebb bahasanya. Pertama kali tengok, macam pelik jew bunyi mklumlah tak biase dengar. Tapi pas tengok citer WINTER SONATA, terus jatuh cinta dengan heronya yang ensem...heroin yang cantik..pemandangan yang di paparkan dalam drama/ film memang cantikkk..   Lepas satu, satu drama korea menghiasi slot citer kat tv di Malaysia kan...

Tambah plak dengan hero dan heroin yang kacak. ensem, cantik, tinggi,dan segala bagai lah...muka licin..hahahaha...penangan dari korea...

oklah jom kita belajar bahasa Korea ... Selamat belajar ( padahal aku pon masih merangkak gak dengan bahasa korea nim hehehe ...)
AYAT YANG SELALU DIGUNAKAN 

An-nyeong-ha-seo-yo? HELLO.
Hannyeong literally m
eans peace or being good

Ko-map-sum-ni-da. THANK YOU.
Say this after being helped by kind Koreans. You will make them happy 

Shil-le-ham-ni-da. EXCUSE ME.

You can draw the attention by saying this! 

Bang-gap-sum-ni-da. NICE TO MEET YOU.

Were you introduced to an attractive person

Mi-an-ham-ni-da. I AM SORRY.
Want to make an apology for your mistakes

p/s sorry kena guna english sket senang nak explain...harap maaf campur adukkan bahasa english dan bahasa melayu ni...

lenggok bahasanya lembut jer tapi penggunaan �yo� dan �da� di belakang ayat. �yo� kurang formal...tapi �da� lebih formal

Soalan mudah untuk menolong anda for survive in a frustrated situation

Irumi-meoyeyo?
WHAT IS YOUR NAME?

(meoyeyo) means WHAT IS~.
(Irum) means NAME
You have to know her/his name before she/he is out of sight!

Eolma - How much

Eolma-yeoyo? = HOW MUCH IS IT?

(How long) Eolmana-geollyeoyo? = HOW LONG DOES IT TAKE
Maybe you can check this before getting in a TAXI.

(Where) Yeogiga-eodiyeyo? = WHERE AM I?
(Yeogi) means HERE 

Are you lost? Don�t know where you are?
Don� t be afraid! Just ask!

(Why?) Waeyo? = WHY?
Something mysterious around you? Ask your Korean friends WHY?

PANGGILAN NAMA

O-ma - Ibu
A-pa - Bapa
Oppa - Abang (panggilan jika dipanggil oleh adik perempuan)
Onni - Kakak (panggilan jika dipanggil oleh adik perempuan)
Nuna - Kakak (panggilan jika dipanggil oleh adik lelaki)
Hyong - Abang (panggilan jika dipanggil oleh adik lelaki)

*Perempuan adakalanya memanggil teman lelaki mereka "oppa".

Ajumma - panggilan makcik (utk yg sudah berumahtangga)
*jgn panggil ajumma kat perempuan muda....marah nanti diaorg...

Aggasi - panggilan utk wanita muda yg belum berkahwin
Ajussi - panggilan utk lelaki (tak kira yg sudah berkahwin atau belum)

 I�m glad to meet you = Mannaso banggap sumnida.

I�m Min Zulkarnain = Che irumun Min Zulkarnain imnida...

How old are you? = Yonsega (to senior) ottoke toeshimnikka?
Naiga ottoke toeshimnikka?

I�m 20 years old = Iship se imnida
Iship se - 20 years old
imnida - pelengkap ayat

I�m 27 = Iship chil se imnida

I�m 31 = Samship il se imnida

Where do you live? = Odiso sashimnikka?
Ikka - pertanyaan secara sopan

Which country are you from? = Odiso osyosumnikka?
Odi nara? Odi - where, Nara mean - country (this question less polite)

I live in
Malaysia = Chon Malaysia salgo issumnida

How are you?/Hello = Annyonghashimnikka? more politely
Annyonghaseyo?

Fine, thanks and you (name)? = Ne, tokpuneyo Ann shi nun ottoseyo?

Ann shi - shi - Min Zulkarnain 

Welcome = Oso oshipshio

Ne - yes
A-nio - No

Goodbye = Annyonghi kaseyo (seing someone off)
Annyonghi kyeseyo (leaving someone who remains)

See you later = Najung-e poepkessumnida
Najung-e - later
poepkessumnida - see u

See you tomorrow = Naeil poepkessumnida
Naeil - tomorrow
poepkessumnida - see u

Take care =choshimhashipshio

Kita belajar hari dan bulan dlm korea
e.g sun - iryo
day - il

DAYS

Sunday - iryoil
Monday - woryoil
Tuesday - hwayoil
Wednesday - suyoil
Thursday - mogyoil
Friday - kumyoil
Saturday - toyoil (bukan toyol ya)

Meaning of the day....
Sun - Sun
Mon - The Moon
Tue - Fire
Wed - Water
Thurs - Tree
Fri - Gold
Sat - Land

MONTHS
e.g ir - January

wol - Month

January - irwol
Feb - iwol
Mac - samwol
Apr - sawol
May - Owol
June - Yuwol
July - chirwol
Aug - parwol
Sept - Kuwol
Oct - Shiwol
Nov - shibirwol
Dec - shibiwol 

Wishing Birthday

When�s your birthday?
Saeng-iri onje-eyo?

saeng-iri - your birthday
onje - when�s

My birthday is on (4 January)

Che saeng-irun (Irwol sa irieyo)

Congratulations!
chu�ka haeyo!

Happy Birthday!
Saeng-il chu�ka haeyo!

Many happy returns!
nul haengbok haseyo!

Blow out the candles!
ch�opprul guseyo!

Gift - sonmul

party - pat�i

to exchange gift - sonmurul kyohwan haeyo

birthday cake - saeng-il keiku

miyokkuk - seaweed soup
Usual Korean eat seaweed soup on her/his birthday or during confinement....good for health
Ne, majayo charassoyo!
Yes, you�re right, good job/well done!

Onul, che saeng-irun imnida..
Today is my birthday. 

 Congratulations and condolences

Good Luck!
Haeng-unul piroyo! 

Hope it goes well

chal doegil piroyo 

Honeymoon
shinhon yohaeng

Get well soon!
balli/palli naushoya dwaeyo! 
 
Express Condolences

I�m sorry A
chongmal yugam imnida 
 
my thoughts are with you
myongbogul pimnida 

Oklah takat nim dulu ek kita belajar bahasa korea..bukan saya pon masih merangkak lagi belajar bahasa nim... kalu korang nak tahu kat opis saya ade 2 org kwn saya mmg gilakan ape saje berkaitan dengan korea ni... termasuk baju, lagu, drama, ape saja lah... sampaikan tiap2 hari pasang lagu korea kat pc / lappy mereka... hehehehe... k lah see u soon in next entry k..jangan lupo tinggal komen korang ek... teringin gak nk tahu reaksi korang pasal blog aku nim... 

sekian... ape yang baik datang dari ALLLAH dan ape yang kurang / buruk datang dari kelemahan ku...wassalam 

Why i LovE u...

Saat disisimu aku merasa hidup. Saat kau pergi aku merasa sunyi. Ku ingin kau selamanya disisiku... sayang.Cintaku padamu adalah Air, yang selalu mengalir, dan tidak berpaling, yang selalu mengalir, dan tidak berubah, yang selalu mengalir, dan tidak berakhir..Kadangkala, saat kau dekat, aku kehilangan semua kata-kataku. Dan saat itulah aku berharap, mataku berbicara tentang perasaanku padamu..Cintaku padamu seperti Simponi terindah...

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar 
dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta...

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim...

Sunday 25 December 2011

Jika amal dan membaca Ayatul Kursi..

Rasulullah saw bersabda:

1) Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya

2) Umatku yang membaca ayat Kursi 12kali pada pagi Jumaat, kemudian berwudhu' dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar

3) Orang yg selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara oleh Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad

4) Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan dari Allah darpada gangguan serta hasutan syaitan

5) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

utk my ummi ...really miss u mum

Ibunda...
Di tirai pagi kubersandar pada dinding kesedihan
Di senandung alam kuberbaring pada rajutan kerinduan

Ibunda...
... Telah jauh jarak antara kutub-kutub tubuh kita
Membentang kerinduan didalam anak-anak sungai diujung mata kita

Ibunda...
Coba kukumpulkan keindahan dunia untuk ganti hadirmu
Coba kupilah yang terbaik untuk isi kerinduanku

Tapi bunda...
Dunia takkan mampu menggantikanmu
Pilahan yang terbaik takkan lagi coba kuisi dalam rinduku

Dunia...ah apalah arti dunia ketika surgapun ditelapak kakimu
Menopang segala yang ada ditubuh, hati dan luangan kasih sayangmu
Hingga begitu indah setiap detik dalam rahimmu
Hingga begitu indah setiap detik dalam gendonganmu
Hingga begitu indah setiap detik dalam pangkuanmu
Hingga derita kau rasa indah demi anandamu

Lalu...kenapa hanya rindu yang ananda punya untuk ibunda

Tidak bunda...
Rindu ini hadir dalam Doa anandamu
Agar surga selalu hadir untukmu
Bukan hanya ditelapak kakimu...

Nasihat Sepanjang Zaman...

Barang siapa berasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barang siapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

... Barang siapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha-’Nya)

Barang siapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barang siapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barang siapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barang siapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barang siapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barang siapa memasuki tempat-tempat maksiat, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Tahukah Kamu?

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah ...maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Warhamni (sayangi aku) Wajburnii (Tutuplah aib-aibku) Warfa’nii (Angkatlah darjatku) Warzuqnii (Berilah aku rezeki) Wahdinii (Berilah aku petunjuk) Wa’Aafinii (Sihatkan aku) Wa’fuannii (Maafkan aku)

"Jika berdiri bulu roma seorang hamba kerana takut kepada Allah, maka akan berguguran daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari pokok yang telah kering."
(Riwayat Albaihaqi dari Abas bin Abu Mutalib r.a)
HARI ASYURA adalah hari kesyukuran yang mana Allah telah mengangkat darjat hari ini kerana berlakunya peristiwa-peristiwa seperti :

Diciptakan bukit-bukit,laut pada hari ini.
Diciptakan syurga dan neraka.
Diciptakan Luh Mahfuz pada hari ini.
... Diciptakan Adam dan Hawa.
Allah memberi taubat kepada Nabi Adam.
Ditenggelamkan Firaun pada hari ini.
Kiamat pada hari ini.
Allah menerima taubat dan memberi keampunan kepada Nabi Adam setelah beratus-ratus tahun bertaubat.
Nabi Isa diangkat ke langit dan digantikan dengan Yahuza sebagai tanda penghormatan kepada Nabi Isa atas kekejaman Bani Israel.
 
Saturday 24 December 2011

Ya Allah Ampunilah hambamu ini....

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
... Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku.. T______T

Kenapa Semuanya Di KFC ek ??? ce citer cikittt...

"Kenapa Semuanya diadakan di KFC?"
itulah tajuk kita hari ini...macam program TV la pulak~~
cerita ni semuanya berkaitan dengan cik YAM...
kita pegi ke sini mesti jumpa cik YAM, sampai cik YAM pon naik boring jumpa kita...
apa yang penting..KFC inilah menjadi medan pertemuan tak kira yang muda @ yang tua...
jadi apa jenis "program" yg diorang buat kat KFC ni?
jom baca!

Pasangan Couple

kenapa kat KFC?
sebab korang fikir mak ayah ni jenis x suka KFC...makanan segera camni..
jadi ni lah peluang nak dating...mesti diorang x terserempak dgn korang punya!hahaha
bagi pasangan yg baru kenal @ dah memang lama couple inilah masa-masa yg dinantikan
dah tentu la kat KFC...

dah macam tak ada tempat lain aku tengok..selalunya memang macam nie
diorang nak buat sesi suap menyuap tulang ayam kot...u suap i, i suap u..hahaha
lepas tu beli air yang gelas saiz besar tu...boleh la minum 2 org untuk 1 gelas...haha
maklum la kat kedai makan lain tak ada gelas sebesar gajah macam tu..nanti x sweet lah kan..?haha

Sambutan Hari Jadi

kenapa kat KFC?
mmm..sebab saje korang la tu nak bagi ader feel sikit..
sambut kat KFC ader air-cond..sambut kat rumah panas..takut tetamu rimas la pulak kan..hehe
dan secara betulnya aku cakap...tuan yang punya hari jadi tu x rasa terkejut pun rasanya..

sebab dia tahu hari ni hari jadi dia..lepas tue engko ajak dia pegi KFC pulak..
memang sah la nak sambut hari jadi kan<<--ni kes perasan
dengan bangganya korang bawak kek empat belas tingkat...dan mula la pegi sambung meja bagi panjang...kesian pekerja KFC kena kemas balik dengan sisa makanan yang bersepah macam hantu raya lepas makan ..haha dan korang kena tau..yang korang telah membuat bising...maklum la party xkan nak senyap dalam hutan pulak...

Reunion

kenapa kat KFC?
yang ni memang jenuh aku jumpa..
pantang ader cuti panjang skit..mula la buat reunion...
tuan pencadang mula create "event" kat facebook..dan bercerita tentang tempat dan masa..
x lupa jugak bayaran <<--ni yang x sdap didengar ni~~
maklum la nak jumpa kawan2 lama yang 1 bulan sudah lama terpisah ..kuakuakua..
bila dah lama x jumpa pelbagai la topik nak diceritakan..kalau boleh dari A smpai Z~
lelaki dgn pompuan x kurang hebatnya..mesti citer hal couple masing2 kan?
yang ni mesti sama gak mcam tadi...mesti bising mcm reban ayam ni...lantak korang lah...

Baru Habis Exam

kenapa kat KFC?
memang tradisi pelajar2 malaysia..abis jer exam mesti nak enjoy kat KFC..
dengan x mandi, pegi terus dengan pakai baju skolah mmbusuk dalam KFC..hhaha
enjoy la katakan...dengan keadaan stress menjelang peperiksaan mmg patut kita enjoy..
nak lepaskan semua la katakan yang terpendam dalam otak ni..

apa nak jadi nim.... Gereja terbesar di Asia terletak di Bukit Jalil ?????

Gereja yg akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanyer sekarang.untuk maklumat lanjut ttg gereja ini rujuk laman web gereja ini

Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.

beginilah rupa gereja itu apabila siap dibina

mengejutkan juga..gereja ini mempunyai unsur2 freemason

Jangan terkejut jika setelah selesai pembikinanya nanti, gereja ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.

Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.

Lihatlah saja kepada misi-misinya:

The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind

Persoalannya, perlu ke di negara kita ini dibina sebuah gereja yang sebegitu besar?. Adakah pihak berkenaan mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini?. Adakah mereka tidak berpuas hati melihat Masjid Jamek Seri Petaling yang sangat besar?. Namun, keluasan tapak masjid berkenaan tidak sebesar gereja ini.

10 negara yang tidak dikenali di dunia....

Sepanyol, Brazil, Itali dan negara-negara lainnya dikenali di seluruh dunia kerana kedudukan mereka, budaya dan sejarah. Tapi, mungkin anda tidak mengenali negara-negara di bawah ini.
Seluruh negara tersebut sangat asing di telinga anda. Bahkan mungkin baru pertama kali mendengarnya. Inilah 10 daftar negara yang tidak pernah diketahui seperti yang dikutip dari Indoblogmedia tersebut:

10. Vanuatu
90% penduduk di Vanuatu makan ikan dan 80% tinggal di luar bandar, kampung-kampung terpencil dengan kebun mereka sendiri yang hasilkan bahan pangan.
Scuba diving merupakan aktiviti yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah hal yang asing di Vanuatu, dan gempa bumi memiliki kesan negatif pada pertumbuhan ekonomi negara-negara tersebut.

9. Nauru

Nauru, sebuah bekas koloni penjajah Jerman, juga dikenal sebagai Pulau Pleasant Pasifik Selatan. Orang-orang Nauru mengumpulkan air hujan selama musim hujan antara bulan November dan Februari kerana mereka sangat terbatas dalam air tawar.
Sukan paling popular di negara ini adalah sepak bola ala Australia. Mereka sudah memiliki liga sepak bola dengan tujuh kelab liga.

8. Tuvalu

Tuvalu adalah sebuah monarki perlembagaan dengan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Mereka tidak memiliki kekuatan tentera sendiri. Jadi mereka tidak banyak menghabiskan wang untuk urusan pertahanan.
Tuvalu adalah negara terkecil peringkat keempat di dunia. Penduduk pertama negara ini adalah orang-orang Polinesia.
7. Comoros

Komoros adalah negara kepulauan Afrika di Lautan Hindia yang terletak di antara Mozambeque dan Madagaskar.
Pulau ini merupakan bekas jajahan Perancis tua,. Hari ini ada sekitar 300 000 orang Comorians tinggal di Perancis. 98% dari penduduk di Comors adalah Muslim.
6. Guernsey

Guernsey berada di bawah tanggungjawab Britain tetapi negara ini tidak dikira sebagai sebahagian dari England, serta Kesatuan Eropah. Guernsey terletak di Selat Inggeris di pantai Normandia.Negara ini memiliki otonomi penuh atas urusan antarabangsa. Sekarang ini negara ini sedang berusaha untuk kemerdekaan penuh dari Kerajaan Britain.

5. Isle of Man

Isle of Man juga dikenal sebagai Mann, mempunyai sebuah pemerintahan sendiri dari British Crown Dependency, terletak di laut Ireland antara pulau Britain dan Ireland
Negara ini bukan sebahagian dari Kesatuan Eropah. Penghasilan negara ini berasakan pada perbankan luar negeri dan perikanan. Pulau ini telah dihuni sejak sebelum 6500 SM.
4. Tokelau

Tokelau adalah wilayah yang tidak memiliki pemerintah sendiri. Nama Tokelau berasal dari kata Polinesia yang bererti “angin utara”.
Pulau ini memiliki sumber ekonomi terkecil dari negara mana-mana di dunia yang membuat mereka hampir sepenuhnya tergantung pada subsidi dari New Zealand. 96% dari penduduknya adalah orang Kristian dan 57% di antaranya adalah perempuan.
3. Cook Islands

Cook Islands memiliki demokrasi berparlimen dengan pemerintahan sendiri. Dengan lebih dari 90.000 pelancongi setiap tahun, perikanan adalah kegiatan utama ekonomi mereka dengan potensi melepasi pantai, laut, mutiara dan eksport buah.
Cook Island yang dinamakan oleh navigator Inggeris Kapten James Cook ketika beliau sampai di pulau tersebut pada 1773.

2. Pitcairn Islands

Kepulauan Pitcairn secara rasmi bernama Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands, tersepit antara empat pulau vulkanik. Sebelumnya ia sebahagian dari jajahan Inggris, yang merupakan sebahagian dari Pasifik.

Bahasa penduduknya campuran bahasa Inggris dan Tahiti. Dalam beberapa tahun terakhir gereja telah ditutup kerana hanya lapan orang yang mengunjungi secara tetap.
Hanya ada satu Café dan Bar di pulau itu, dan sumber pemerintah menjual alkohol dan rokok.

Ada hukum-hukum moral yang ketat yang melarang menari, merokok dan minum alkohol.
(Jika pemerintah menjual alkohol dan rokok lalu mengapa ada hukum yang tegas yang melarang merokok dan minum alkohol? Apakah mereka menjualnya ke negara lain?)

1. Nagorno-Karabakh
Nagorno-Karabakh adalah republik merdeka yang terletak di antara Armenia dan Azerbaijan. Di negara ini banyak terdapat penduduk dari bekas Kesatuan Soviet kerana selama 1991-1994 Perang Nagorno-Karabakh.

Negara ini masih tidak diakui oleh negara lain, termasuk Armenia. 95% dari penduduknya adalah Armenia, dan bakinyanya adalah orang-orang Yunani dan Kurdis.
Kegiatan ekonomi negara ini pada dasarnya diarahkan untuk Armenia yang tinggal di negara-negara Barat.

Friday 23 December 2011

Pelancaran Pelan Pemasaran Terbaru 2012

Tanggal pada 16 Disember 2012... Pomepure telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan Pelan Pemasaran Baru... ramai leader2 seluruh malaysia dtg kew opis (HQ) kami di Pulau Serai Dungun Terengganu... sambutan amat menggalakkan..

Pelancaran Pelan Pemasaran nim dirasmikan sendiri oleh CEO Gemilang International Holdings Sdn Bhd (M) iaitu Encik Zuri bin Ismail...(bosh yang paling sporting dan terbaik kat dunia nim heheh)...

nie plak new packing utk pomepure cantekk tak???

kami semua para staff cakap packing ni mcm botol kicap hehehe... tp sebenarnya cantik, menarik, tertarik pomepure mmg daboom...heheheh kalu ade sesape berminat leh lah kontek saya ek utk belian atau nk join jadi ahli ...leh hubungi saya di talian 098423070 atau faks kat 098451697... trima kasih...

haaa yang kat bawah nim plak pic utk tatapan korang lah...

mug yang ade trademark POMEPURE

Gift pack tp yg nim tuk pasaran Malaysia

nie plak gift pack utk pasaran China

yang nim plak gambo bosh dgn bersama org kuat dlm POMEPURE.

hmmm kalu ade sesape yg berminat nok join jgn segan silu tau utk kontek saya...JUS DELIMA POMEPURE MMG TERBAEKKKKK

uTk pEdOmAn bERsAMa...

Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah ...pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah : "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah : "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."

(Hadis Riwayat Muslim)
See More

SocialPromoter