Sunday 29 January 2012

The Coming of a Believer's Death

The Prophet of Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: "When the soul of a believer comes out [of its body], two angels receive it and rise with it towards the heavens, whereupon the inhabitants of the heavens say, 'A good soul has come from the earth. Allah has blessed you and the body which you used to occupy.'" [Sahih Muslim]

Ayaat of the Quran and many ahadith give us a detailed picture of the events that take place at the time of death. From these sources the following facts emerge:

The Angel of Death comes to the believer, sits at his/her head and says, 'O you good soul, come out and receive your Lord's forgiveness and pleasure.' Then the soul flows out effortlessly just as water flows from the mouth of a waterskin. When the soul of a believer comes out of its body, two angels [besides the angel of death] receive it to escort him to the Heavens. They bring with them beautiful clothing from Jannah, some fragrance of musk, and a vase from Jannah. Then they ascend with the soul to Heaven, and they do not pass with it by any group of angels but they say: 'What is this good and sweet-smelling soul?'

The two angels tell them (he is) "such" the son of "such," choosing the best of the names he used to be called in this life, until they reach the lowest sky. They ask permission to enter, and they are granted entry. Thus they ascend from one heaven to the next until they end at the seventh heaven, then to Allah, Exalted and High.

Allah (subhana wa ta’ala) commands: "Write the book of my servant in ‘Illiyeen.’" [Al-Quran 83:18] And so the believer’s book/record of deeds is written in Illiyeen. Then Allah (subhana wa ta’ala) says, “Return him to the earth, for (I promised them) I have created them from it, and into it I shall return them, and from it I shall extract (resurrect) them a second time.” [Al-Quran 20:55] So his soul is returned to earth and reenters his body. Thus, his time in Barzakh begins.

Today before you think

TODAY.....
Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who can't speak

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to God for companion

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren

Before you argue about your dirty house someone didn't
clean or sweep
Think of the people who are living in streets

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet
And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed the disabled and those who wished they
had your job

But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to

ONE Maker and when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you're alive and still around

FOUR TYPE OF MEN
There were 4 men, their names are Everybody,Somebody,Anybody and Nobody.

Everybody was exoecting Somebody is going to do it.
Anybody is capable of doing this job.
But Nobody is doing it.
Somebody is getting angry because of this,
because this is a job for Everybody. Everybody was thinking Anybody also can do it,
But never let Everybody a must do it.
In the end, because of Nobody doing the job that can be done by
Anybody, Everybody is trying to blame Somebody.

Summary:
Human being is able to complete any type of job -- by talking.
 
cerpeng bhase ganu ...

Kalu dop pahang buku kamuh Dewan Bahase Ghanuu rrr
 
p/s : sila baca ngan intonasi yg betul....:)
Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”
Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

Sunday 15 January 2012

Video Testimoni Pengguna Pomepure

Video 1

Video 2

Video 3

Jika berminat utk mencuba Jus Delima Pomepure...sila hubungi saya di http://kakmin.pomepureasia.com . Mari kita bersama hidup secara sihat...jika kesihatan terjamin, kerja pon terjamin, terutama dlm melakukan ibadat.....hubungi saya segera jika ade di kalangan ahli keluarga anda sayangkan keluarga anda... kita hanya mampu mencari penawar tp Allah yang berkuasa utk menyembuhkannya...

hubungi saya segera...di talian 0199757087 (hp) atau ofis  098423071 atau faks ke 098451697...

Layan Hindi Film plak

Assalam and hai seme.... hahahaha... 2 hari lepas aku download citer hindi lakonan Shah Rukh Khan (SRK)..citer Ra One lakonan SRK dgn Kareena Kapoor... fuhhhh best giler gua cakap lu... memang terbaik lah terutama lagu peberet aku hehehe.... Chamak chalo...hari2 aku dengar kat opis hehehe sebagai halwa telinga aku..maklumlah guna internet subsidi kat opis utk donload citer hehehe...tiap kali aku dengat lagu peberet aku nim, aku tersa nk menari jew... yelah bila tgk SRK menari... pergghhh.... kalu nk tau lagu nim guna suara Akon tau

welll.... citer film ni berkisah tentang shekhar (SRK) pencipta permainan video game alam maya Ra One (watak jahat ) dan G One ( watak baik)... yg part best bila si penjahat rekaan shekhar Ra One kuar dari video game utk membunuh Lucifer ( anak Shekhar) sebb anaknya main game ni...dan menang terlupa nk logout kuar dari game tue...so kira nok balas dendam lah(plz let me know if i wrong k)...demi menyelamatkan anaknya Prateek (Lucifer tue id name tuk game online) Shekhar telah mengaku bahawa dia adalah Lucifer... so Ra One telah membunuh Shekhar...masa part nim aku terkejuz gak hai xkan hero dah ,mati kot yelah siap tanam lagi si SRK ( shekhar) tue...tp sperti u'oll tau la kan hero mane mati coz ade heroin si Kareena Kapoor tue.. Demi menyelamatkan diri Prateek telah mengupload data G One utk di bawa kuar ke dunia nyata. G One ni plak sebijik SRK... ( tapi robotlah)... G One ade seme data berkenaaan dgn Shekhar...so dia nyamar jadi Shekhar utk menjaga keselamatan anak isterinya...oppsss lupe nk gtau si Kareena Kapoor tue wife SRK..

haaaa ni lagu di mana G One ( SRK ) nyanyi,,, Chamak Chalo
..

.i love this song.. and respect Akon for learning hindi for this song.. everytime i listen it, and dance like they do D ...Jom layan sejenak kih kih kih...

klah dah cukup setakat nim pasal citer nim... aku tgh donload citer lain plak... Don 2 alah si SRH berlakon Malaysia tue... pimjam balai polis Malaysia... alah si pelakon Ady Putra dan Redzuan Hashim pon ade sama berlakon...mesti gempaq kan... berlakon dgn SRK hehehehe...wassalam

Wednesday 11 January 2012

Tahukah Kamu Wahai Adam??

TAHUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ?

♥ Seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki ,janganlah kau kata dia tak laku ,
♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
... ♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

♥ Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
♥ Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
♥ Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu..

Tuesday 10 January 2012

Pesanan buat Adik2 ku...

Pesanan buat Zulhilmi, Munirah, Zulbillah, Maisarah , Zulhakimi,  Min Nordini dan khususnya ditujukan kpd diri ini( Min Aishah ) agar berusaha menjadi asset yang bernilai buat mak dan abah.

Apakah kita tujuh beradik mampu memandikan, menyolatkan dan menguruskan pemergian mereka sebaik mungkin seperti mana mereka menyambut kehadiran kita di dunia ini ataupun hanya men...yerahkan 100% kepada pihak masjid dan orang kampung ??

Asset yang bernilai buat ummi(Hanita Musa) dan abah( Abd Ghani )  bukan orang kampung, bukan tok imam, bukan pihak masjid tapi KITA. Doa KITA yang paling diharapkan, bacaan yassin KITA yang paling mereka nantikan.

Persoalannya mampukah kita, bersediakah kita??
Ya Allah, panjangkanlah umur ibu bapa kami, rahmatilah mereka Ya Rabb, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami Ya Rahim ~ T_T 
 
Sudirman

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Kenapa Wanita Suka Merajuk????

SIKAP lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita dikenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan, sekali gus boleh membawa kepada putusnya hubungan sekiranya tiada percubaan untuk meleraikan kekusutan yang timbul.

Perbezaaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang terjalin.

Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan..
Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati.

Sikap sebegitu dilihat satu kelemahan bagi wanita kerana mereka dikatakan tidak rasional dan kurang fokus terhadap masalah yang dihadapinya. Malah, wanita dilihat tidak berupaya untuk menjalankan kerja yang lebih berat khususnya mengetuai sesuatu jabatan atau pasukan disebabkan kawalan emosi yang lemah dalam menangani sesuatu permasalahan.

Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka.
Kajian itu adalah untuk mengetahui persepsi responden terhadap aspek merajuk dan apa tindakan dalam mengatasi sikap merajuk yang dianggap boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu perhubungan.
Begitupun, tidak kira apapun tanggapan negatif terhadap turun naik emosi wanita itu yang menyebabkan mereka sering bertindak di luar kawalan, wanita itu sendiri ada alasan tersendiri terhadap setiap sikap itu.
Dalam kajian yang dijalankan terhadap lebih 100 responden berusia antara 25 tahun hingga 47 tahun itu, didapati jawapan responden wanita hanya difokuskan kepada aspek kekeluargaan dan sikap pasangan mereka, dan tidak ditumpukan pada aspek rakan serta kerjaya meskipun soalan dikemukakan tidak tertumpu kepada perhubungan tertentu.

Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka.

Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.
Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.

Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.

Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.
Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut:

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)
  • Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
  •  Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
  •  Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
  •  Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
  •  Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
  •  Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
  •  Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
  •  Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
  • Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
  • Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
  • Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
  • Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
  • Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
  • Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
  • Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
  • Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
  • Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
  • Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
  • Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
  • Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
  • Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
  • Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
  • Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
Mengapa wanita suka merajuk?
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

  • Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
  •  Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
  • Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
  • Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
  • Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
  • Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
  • Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
  • Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
  • Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
  • Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
  • Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
  • Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
  • Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
  • Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
  • Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
  • Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
  • Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Merajukkk.... hukhukhuk

shaye mmg suka merajuk tapi shaye cepat reda bila kena pujuk tapi masalah nya tiap kali shaye merajuk tak pernah si dia nak pujuk... makin buat tak tahu jew... so better shaye diam dan pujuk diri sendiri je..nanti shaye     akan ok sendiri..shaye xbrapa pandai nak marah orang so shaye akan merajuk utk protes dan tunjuk ada benda yang shaye xpuas hati atau sakit hati...

kadang perempuan ni walau merajuk pun tak perlu nak pujuk bermacam bagai.. perkataan maaf jer pun dah boleh lembutkan balik hati kami... sebab perempuan ni kan sensitif... hati kami mudah tersentuh..tapi hati yang lembut tu lah nanti yang akan membesarkan anak2 korang (kaum adam) dengan penuh kasih sayang...

betul.Merajuk tu lumrah pempuan.Perempuan yg tak merajuk ni rasa makciklah,hati keras.Kalau sensitif sikit2 tu biasalah,namapun perempuan."Wanita itu diciptakan daripada rusuk lelaki,dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung bukan juga di kaki untuk dikasari"

Sunday 8 January 2012

Dapatkan Harian Metro 15 January 2012...Gegaran POMEPURE 2012

haaaa.... POMEPURE telah melangkah selangkah lagi depan... kali nim... produk POMEPURE akan keluar kat paper Metro keluaran 15 Jan 2012... nti produk POMEPURE juga akan ke udara di stesen radio terkenal pantai timur... THR GEGAR PANTAI TIMUR di sepanjang tahun 2012... ini membuktikan bahawa produk kami bukan calang2 produk tau... produk ini sungguh bermanfaat kepada semua...
Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan meminumi Jus Delima Asli 100% “POMEPURE” bebas daripada campuran bahan
pengawet, perwarna tambahan, pemantap dan pemanis iaitu;
  • Membantu menstabilkan paras kolestrol
  • Mempunyai tahap an...tioksidan yang tinggi
  • Melawan penyakit Jantung
  • Memberi dan merangsangkan tenaga Batin
  • Menguatkan sistem pertahanan badan
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing Manis
  • Menghalang kemasukan Virus HIV-1 dan Microbicide
  • Mengelakkan kanser kelenjar Prostate
  • Melawan kanser Payudara
  • Mencegah daripada penyakit Alzheimer
  • Menguatkan kesihatan gigi.
  • Membantu merendahkan tekanan darah
  • Melindungi otak bayi dalam kandungan
  • Mengelak penyakit Awal Pagi (Alahan Ibu Mengandung)
  • Membersihkan Rahim (khas untuk wanita)
  • Mencantik dan merawat kulit
  • Meredakan penyakit batuk dan asthma
  • Merawat penyakit sendi dan Gout.

Friday 6 January 2012

ATURAN MINUM JUS DELIMA POMEPURE

PAGI

AMBIL SEBELUM SARAPAN(SEELOK-ELOKNYA SEMASA PERUT KOSONG)ATAU waktu petang

50ML(DEWASA)1 CUP YANG TELAH DISEDIAKAN

20ML(KANAK-KANAK)

MALAM

AMBIL 1 JAM SEBELUM TIDO

5O ML(DEWASA)

20 ML(KANAK-KANAK)

GONCANG BOTOL JUS POMEPURE SEBELUM DIBUKA PENUTUPNYA

CAWAN HENDAKLAH DIPEGANG DENGAN SEBELAH KANAN

BACA BISMILLAH,SELAWAT 3 KALI SERTA NIAT UNTUK MEMOHON PENYEMBUHAN PENYAKIT KEPADA ALLAH S.W.T

MINUM DALAM KEADAAN DUDUK

MINUM DENGAN 3 NAFAS

SEMASA MINUM JUS,JANGAN BERNAFAS KE DALAM CAWAN.SETIAP KALI BERHENTI MINUM,ARAHKANPERNAFASAN KE TEMPAT LAIN

SETIAP KALI BERHENTI MINUM(PADA SETIAP NAFAS)BACALAH ALHAMDULILAH

KEMAM JUS BUAT SEMENTARA WAKTU SEBELUM MENELANNYA SECARA PERLAHAN-LAHAN

BAGI KANAK-KANAK(1 TAHUN KE ATAS)SEELOKNYA DIJADIKAN JUS (DIBANCUH BERSAMA AIR,50 ML PER 1 LITER)PADA WAKTU TENGAHARI KEATAS,JIKA MAHU TAMBAH GULA,GUNA GULA PERANG(BROWN SUGAR)

UNTUK MEMBUANG TOKSIN DALAM BADAN,DISARANKAN UNTUK MENGAMBIL UNTUK MENGAMBIL 50 ML JUS DELIMA POMEPURE BERSAMA TIMUN BATANG(DIBUANG BIJINYA TETAPI DIAMBIL KULITNYA)DAN DIJADIKAN JUS

untuk tambahan tenaga,disarankan untuk mengambil 50ml jus delima pomepure bersama tembikai dan dijadikan jus

UNTUK SEBARANG PENYAKIT KRONIK,DISARANKAN MENGAMBIL DALAM KUANTITI YANG KECIL/DICAMPUR DENGAN AIR(1:10),TETAPI KERAP.

SELEPAS SELESAI MINUM,SIMPAN SEMULA JUS DELIMA POMEPURE KE DALAM PETI SEJUK BAGI MENJAGA KEASLIAN PRODUK TERSEBUT

INSYALLAH DENGAN JUS DELIMA POMEPURE,ANDA AKAN MENIKMATI KESIHATAN YANG OPTIMUM DAN KERJAYA YANG CEMERLANG.

*JUS POMEPURE DIKLAFIKASIKAN SEBAGAI MINUMAN TAMBAHAN,BUKAN UBAT.INI ADALAH ATURAN YANG DICADANGKAN OLEH PIHAK SYARIKAT SAHAJA.WALLAHUA'LAM

Thursday 5 January 2012

CaRa RaSuLuLLaH (SAW) mENjAgA kEsiHaTaN DiRi...

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tuesday 3 January 2012

Warkah seorang kakak buat adik-adikku sayang

Wahai adik-adikku, di dalam Islam tiada istilah bercinta sebelum bernikah. Tiada juga budaya ber'couple'. Cinta itu satu fitrah dan haruslah disalurkan pada tempat yang betul. Tidak malukah adik-adik pada Allah, apabila melafazkan rasa cinta pada yang belum pasti milik kita?

Tidak malukah adik-adik pada Allah semasa adik-adik berbangga menunjukkan kek...
asih yang tidak halal itu kepada rakan-rakan? Berbanggakah adik-adik apabila memaparkan gambar-gambar bersama kekasih tidak halal itu pada khalayak umum?

Kekasih yang tidak halal itu belum tentu jodoh adik-adik, tetapi adik-adik sudah memberikan hati kepada mereka. Kerana apa cinta adik-adik kepada kekasih tidak halal itu? Kerana Allah kah? Jika kerana Allah, pastinya adik-adik tidak akan memberikan cinta kepada mereka yang tidak halal buat adik-adik. Jadi, kerana apakah cinta itu?

Adik-adik yang disayangi, jika kau sayangkan dirimu, jauhkan lah dirimu dari bercinta dengan kekasih yang tidak halal bagimu. Jika kau sedang bercinta, putuskanlah kasihmu dengan kekasih yang tidak halal itu kerana Allah. Perjalananmu masih jauh. Satu saat nanti, jodohmu pasti akan tiba juga dan Allah akan memberikan jodoh yang terbaik buatmu. Saat itu, bercintalah kau kerana Allah kerana pastinya cinta itu adalah yang halal untukmu. 

- via Siti Muslimah

Monday 2 January 2012

TeRiMa DiRiKu SeAdAnYa...

PaSaNgAn BaHaGia...

♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt…♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH…♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada…♥ Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan… ♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA… ♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya … ♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina… ♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia…

Sunday 1 January 2012

WaJaH TaMpaN Yg Sia2 TaNpa KeiMaNan...

Wajah Tampan? Sia-sia!!  Jika kelak dilaknat Tuhan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika hari-harinya tanpa amalan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tak ada Al Qur’an yang lekat dalam ingatan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tidak memburu keredhaan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika hanya melakukan kesia-siaan
Wajah Tampan?Sia-sia!! Jika hatinya dikotori kebanggaan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tiada kehormatan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika matanya masih liar tak juga mampu tundukkan pandangan
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika tak dapat  mengendalikan hawa nafsunya
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika hanya untuk menebar pesona dan memikat wanita
Wajah Tampan?Sia-sia!! Jika enggan mematuhi yang Kuasa dan malah bangga dengan dosa-dosa
Wajah Tampan? Sia-sia!! Jika akhirnya nanti mendapat siksa di neraka

Ketampananmu tak bererti kerana ia tak menjamin kamu akan diredhai
Ketampananmu tak berguna, kerana seseorang masuk syurga bukan kerana tampannya rupa.
Ketampananmu pasti akan pudar dan hilang seiring waktu yang berjalan. Sedang apa-apa yang engkau lakukan akan abadi dan pasti diminta dipertanggungjawabkan oleh Ilahi.

Ketampananmu tak akan dapat menjadi pembantu  disaat engkau dihadapkan pada pengadilan Yang Maha.
Ketampananmu tidak akan pernah dapat  menjadi pemberat amal-amal kebaikan di timbangan mizan. Tak juga dapat meringankan azab yang ditimpakan pada hari kemudian.
Ketampananmu hanya pemberian… hanya pinjaman yang tidak akan memberi pengaruh di dalam alam keabadian.

Cuba lihat  Bilal bin Rabbah dengan kulitnya yang hitam, lihat pula Amr bin Jamuh dengan kakinya yang pincang, lihatlah juga Abdullah bin Ummi Maktum dengan buta  penglihatan.

Mereka mulia di sisi Rabb mereka, Rasulullah mengakui keistimewaan mereka. Bukan kerana tampannya rupa, bukan pula kerana sempurna anggota badannya. Namun semuanya kerana kesetiaan pada ikrar syahadat yang diucap, kepatuhan pada aturan syariat, melaksanakan kewajiban tanpa keengganan, dan ketaqwaan yang menghunjam sanubari tanpa lekang.

 Tidakkah kamu belajar pada Yusuf ‘alaihissalam ketika dia digoda untuk berzina dia menolak seraya berkata, “Aku berlindung kepada Allah…” Dan ketika wajah tampannya menarik kaum wanita, baginda berdoa, “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai dari pada memenuhi ajakan mereka kepadaku…”
 Tidakkah kau perhatikan perkataan Umar bin Abdul Aziz saat seorang sahabat lamanya -Muhammad bin Ka’ab Al qardhi- menyatakan kehairanannya atas penampilan Umar yang berubah setelah menjadi khalifah. Padahal ketika Umar menjadi gabenor Madinah tubuhnya berisi dan sihat, dan setelah menjadi amirul mukminin Umar menjadi kurus, sederhana dan bersahaja.

Umar berkata menjawab kehairanan Ka’ab, “Bagaimana kalau kamu lihat aku didalam kuburku tiga hari setelah kematianku, saat kedua mataku tanggal dari pipiku, dari hidung dan mulutku mengalir cacing dan nanah. Tentu saat itu engkau akan sangat menjauhi aku lebih dari  kehairananmu saat ini.”

Wahai pemuda yang sibuk dengan penampilan lahirnya…
Wahai pemuda yang terlena dengan pandangan dan pujian manusia…
 Jangan lagi tertipu akan kefanaan dan kenikmatan tanpa keabadian. Bersegeralah menuju penghambaan yang akan memberi keberuntungan. Apa yang akan kau banggakan saat kematian telah menjelang, apa yang akan kau persembahkan..
.
sumber asal: kembanganggrek.blogspot

SaYaNGi iBu bApA KiTeR..

Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..
ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..

... ツ Bila hati kita terguris..kita kata “Mak memang tak pernah faham”
ツ Bila hati kita terhiris..kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

TETAPI…

ツ Bila hati mak kita terguris..mak kata “Tak apa,dia masih muda”
ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata “Tak mengapa,belum sampai akalnya”

ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki…
ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…

ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal…
ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga…

♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥

Di Copy dari “Memburu ma’rifah ilahi”.. :)

SocialPromoter