Wednesday 27 June 2012

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

 Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Saturday 23 June 2012

Sayangi Ibu Bapa Kita

BACA DAN RENUNGKANG...JIKA ANDA SAYANGKAN IBU DAN AYAH ANDA..SILA SHARE...

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.

» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirkanlah

Wednesday 20 June 2012

Pemilik Tulang Rusuk ....

Firman Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga).
(Qs. An Nuur (24) : 26).

namun hayati semula.. adakala lelaki yang jahat akan berkahwin dengan wanita yang baik manakala lelaki yang baik akan berkahwin dengan wanita yang jahat.. konsep baik yang ditekankan adalah berkonsepkan niat dan azam seseorg itu.. hati dan iman bergabung.. ini bermaksud lelaki yang jahat jika dia bersungguh2 berubah ke arah kebaikan dengan setulus hati membetulkan imannye sujud kepada Allah, besar kemungkinan lelaki jahat ini berjaya mendapat wanita yang baik dan besar kemungkinan juga adalah dugaan dan cabaran utk wanita baik ini membantu lelaki jahat berubah sedar ke arah kebaikan jalan Allah.. 

manakala jika lelaki yang baik ini mendapat wanita yang jahat adalah kerana hikmahnye lelaki yang baik ini perlu membentuk membantu wanita yang jahat ini berubah menjadi baik dan sekaligus mendapat pahala yang banyak.. apapun jodoh itu rahsia Allah.. tidak semestinya yang jahat tetap menjadi jahat.. jadi usaha untuk berubah kearah kebaikan perlu letak dalam hati dan minda memasing sekaligus membetulkan dan meningkatkan iman.. ada pasangan yang isteri pun jahat suami pun jahat, namun, berkat doa dan limpahan Hidayah mungkin akan mengubah mereka.. yang penting, jangan sesekali terdetik mengatakan -> ala dia tu jahat mesti dapat yang jahat gak..tapi sebaliknye perlu lah kita doakan dia berubah.. siapa kita utk bebicara sedemikian, kerana itu lah jika kita lihat ada psangan yang jahat, perlulah kita menegur yg mampu.. dan jangan kita lupa akan di dunia ini musuh kita iaitu syaitan, jin dan iblis sentiasa ada disekeliling untuk kita terbabas daripada landasan Allah.. itulah penting nye sentiasa ingat mengingati.. renung2kanlah.. luaskan pemikiran dalami hayati kemungkinan dan nikmat Allah..

Aku Manusia Yang Lemah

Aku manusia lemah
Terlalu senang diriku tergoda dengan hawa nafsu sendiri
Terlalu senang diriku terjebak dengan kreativiti syaitan
Terlalu senang diriku lalai di sisi Allah
Aku manusia lemah
Diriku menangis bila mengenang nasib
Diriku gembira tatkala mendapat apa yang diingini
Sedangkan apa yang daku inginkan bukanlah yang terbaik buatku
Dan aku menyedari kesilapan itu, namun ku tetap gembira
Aku manusia lemah
Sekejap aku sedar akan kealpaanku terhadapNya
Daku menangis memohon keampunan
Namun diriku bagaikan mudah kembali ke kesesatan
Dan memang benarlah keimanan seseorang boleh naik & turun bagaikan tiada plateaunya
Aku manusia lemah
Aku jijik dengan perangaiku yang mudah lupa akan keEsaanNya
Aku benci dengan diriku yang sering lupa akan Rasulku
Aku muak dengan akal fikiranku yang sering berkhayal

Aku manusia lemah
Ya Allah, kembalikanlah daku ke jalan yang benar
Ku mohon Kau tunjukkan kepadaku jalan yang Kau redhai
Berikanlah aku Nur HidayahMu, Ya Allah
Tetapkanlah keimanan yang teguh dalam diriku
Ku pohon keampunanMu
Ku pohon keredhaanMu
Ku pohon keberkatanMu
Ku pohon ma'rifahMu
Aku manusia lemah
Lemah selemah-lemahnya
Astaghfirullahalazim...

Monday 11 June 2012

Mengapa Wanita Nampak Lebih Tua Berbanding Umurnya?

Assalam semua para pembaca blog Maag, sori sebb dah lama sesgt Maag tak hapdet blog Maag nim.. bukan pe bz la ...xde masa nk hapdet blog nim... Anyway pejam celik pejam celik kita dah masuk bulan Jun kan.. tak lama lagi bulan Julai... hishhhh dah nak dekat puase lah... korang dah ganti ke blom puase tahun lepas... Maag ade lagi berbaki 3 hari yang lom ganti... Insyallah minggu depan akan menggantikannya..

Owh ye tengok tajuk entry kali nim mesti korang setuju dgn Maag kan.. nak tau sebab nyer??? haaaa kena lah baca sampai habis tau ...sebab ini  adalah satu artikel mengenai wanita yang Maag rasa semua orang patut baca. Terutama kaum lelaki. Tapi Maag nak ingatkan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mengutuk kaum lelaki. Tidak ye. Cuma sebagai kesedaran kepada para suami di luar sana supaya lebih menghargai isteri

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri
mereka sudah tidak cantik, nampak tua,gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni,terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah
jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya,maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir.Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih
dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker,aper ker… xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting,minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya,sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. So,wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu,hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara,anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

SocialPromoter