Wednesday 15 August 2012

Menghilangkan Jerawat

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

10 Tip Mudah Berdiet

Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)

10 Tip Motivasi dalam Diet

Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang.
Tekanan ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu?
  1. ‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
    Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan anda.
  2. Pelaburan untuk kesihatan (gym)
    Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi.
  3. Secret admirer
    Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani).
  4. Baju-baju idaman
    Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL.
  5. Model-model
    Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu!
  6. Kawan baru
    Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.
  7. Pencapaian anda sendiri
    Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
  8. Bayangan masa hadapan
    Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?
  9. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
    Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.
  10. Berasa semakin sihat
    Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.

    Cara Menghilangkan Jerawat

    Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
    Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
    Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
    Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
    Di bawah ini terdapat cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
    • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl Peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
    • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
    • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
    • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
    • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
    • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
    • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
    • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
    • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
    • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
    • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

    6 Trend Ramadhan Masyarakat Melayu Yang Ganjil

    Ehem. Artikel ni kami kira panas sikit kepada yang terasa tetapi ada kebenarannya. Haritu kami dah kongsi tentang amalan terbalik masyarakat Melayu masa kini dan sekarang ni, tentang trend Ramadhan masyarakat Melayu yang ganjil pula. Kiranya, mereka buat ni pada bulan Ramadhan je, bulan bulan lain tak buat. Apa apa pun sama samalah kita ambil iktibar.

    Masyarakat Melayu

    6 Trend Ramadhan Masyarakat Melayu Yang Ganjil - Terbakor

    Trend ganjil masyarakat Melayu pada bulan Ramadhan

    Tiap2 kali bulan Ramadhan ni..akan bermula la bermacam trend. Trend-trend ni HANYA akan muncul di bulan Ramadhan.Kenapa? Aku tak tau. Susah nak explain tabiat orang Melayu…
    1. Trend Wanita Bertudung Sebulan Sekali
    Ni lah antara trend yang kelako. Masuk aje bulan puasa, dengan tiba-tiba, yang tak bertudung, pakai selendang. Yang free hair tiba-tiba pakai tudung. Tapi habis aje bulan Ramadhan…selendang simpan balik dalam almari. Tak basuh. Boleh pakai terus tahun depan punya Ramadhan.
    Mungkin explanation kenapa benda tu terjadi kita boleh nampak kat masjid. Ada perasan, kalau kau pegi masjid, mesti ada signboard bergambar “Ini Zon Menutup Aurat.” Kalau signboard tu untuk orang bukan Islam..tak apa. Tapi masalahnya gambarajah dekat sign tu..gambar perempuan berbaju kurung tak bertudung dengan logo pangkah besar2. Apa kebenda?
    2. Trend Berhenti Buat Maksiat Untuk Sebulan
     Ada orang macam ni dan orang macam ni wujud. Daripada bulan Syawal sampai bulan Syaaban, dia pegi disko. Tapi bila tiba aje Ramadhan, dia tak nak pegi disko. Kalau sebelum tu kerja dia nak dating sambil ringan2 dengan awek, Ramadhan aje dia stop. Dengar aje takbir Raya…habis solat pagi Raya..call awek, ajak ringan2. “Ayang..dah 1 Syawal. Kita boleh ringan2 balik tanpa rasa bersalah!”
    3. Trend Berbelanja di Luar Kemampuan Ketika Ramadhan
    Selama ni aku ingat isteri menarik muka masam sebab sofa kat rumah tak diganti baru atau langsir tak update design latest hanya berlaku dalam drama. Tapi bila benda tu dah terjadi dekat kawan aku dan dia terpaksa save duit kaw2 sebab tak nak isteri dia masam, itu menunjukkan walaupun tagline Ramadhan adalah bulan rahmat..lebih ramai yang assume time Ramadhan adalah time untuk jadi lahanat
    4. Trend Artis dan Selebriti Beramal
    Banyak orang buat jamuan anak yatim time ni. Tapi yang peliknya, antara bulan Syawal ke bulan Syaaban, kenapa tak ramai yang nak meraikan anak yatim time tu? Adakah sebab Ramadhan adalah satu2 nya bulan di mana kalau kau perlu push diri kau untuk buat kebaikan? Atau anak2 yatim hanya memerlukan kebahagiaan di bulan Ramadhan? Atau mungkin…kalau buat bulan lain, promosi diri kurang?
    5. Trend Televisyen Semua Tiba-Tiba Bertukar Jadi “Separa Alim”
    Kau bukak TV pada bulan Ramadhan, dengan tiba-tiba magically..semua rancangan penuh dengan unsur2 Islamik dan nilai pengajaran. Drama pun penuh dengan kisah teladan yang menggunakan agama sebagai dasar. Dengan tiba-tiba wajah2 bersongkok, berkopiah, bertudung labuh memenuhi kaca TV. Wajah2 seksi dan gedik jadi berkurangan. Ceramah banyak, perbincangan agama banyak, bacaan ayat2 pun banyak.
    Dan fenomena ini akan berterusan..sehinggalah sampai seminggu lepas Syawal. Dan slowly, imej2 itu akan digantikan dengan visual biasa…
    6. Trend Majalah Hiburan Pun Jadi Alim Sebab Ada Edisi Ramadhan
    ….daripada bertukarnya media televisyen menjadi separa alim…perubahan itu juga akan jatuh sedikit kepada media cetak yang kerjanya 24 jam mensensasikan berita2 hiburan. Cover depan Pancaindera ada gadis bertudung, URTV ada sekumpulan lelaki dan perempuan pakai baju raya…even majalah haram mughallazah iaitu Mangga pun letak gambar perempuan berbaju kurung dekat cover dia siap keluarkan cerita pasal pengalaman artis berpuasa… 
    Sumber : Cursing Malay dan Blog Terbakor

    Amalan terbalik masyarakat Melayu

    10 amalan terbalik kaum Melayu

    1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
    “Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
    (Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
    2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 
    3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
    4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
    5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
    6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
    7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
    8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
    9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
    10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia. 

    Sunday 5 August 2012

    Salam Ramadhan Dari Kami

    Assalam semua para pembaca budiman,

    Rasanya belom terlambat lagi Maag nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramdhan yang penuh berkat ni kepada semua pembaca blog Maag.. amacam pose korang? ada yang dah kantoi kew? hikhikhik... 

    hmmm camner dengan persiapan raya korang? tinggal beberapa hari lagi nim..kalu tak salah Maag puasa lagi tinggal 12 hari jew lagi nak raya... haaa dalam korang tengah sibuk buat persiapan raya tuh, janganlah lupa pada 10 malam terakhir ramadhan tau... penuhkanlah 10 malam terakhir ramadhan dengan perbanyakkan amal ibadat kita pada Allah SWT.. topup mane yang kurang,, redeem pahala byk2 buat bekal nanti...( utk peringatan diri sendiri juga)

    sekarang nim mood raya makin terasa kan.. corong2 radio dan tv pon semua mainkan lagu raya... semakin bersemangat nak sambut raya.. dalam kita sibuk tu jangan dilupa juga pada saudara2 kita yang kurang berkemampuan..ingat pada mereka dengan sedekah..agar mereka pon turut sama rasa apa yang kita rasa...

    hah korang, biskut raya tahun nim bape jenis?? Maag tahun ni tak buat lah biskut raya macam tahun2 lepas... tahun nim Maag biskut tunjuk jew... hahaha... tapi tahun nim best sebab giliran raya kampong Maag, hehehe... kampong Dewan Beta Kota Bharu Kelantan.. lepas beraya kampong Maag baru kami akan beraya plak kampong inchik asben kat Bota Kanan, Perak...tu yang syok tuuuu...

    okey lah korang Maag stop kat sini dulu ek...nim pon curik2 jew menulis blog guna PC opis..hehehe... sambil tu korang layan lah gambar Maag dengan rakan sekerja Maag...korang jangan jeles kami masuk paper tau..harian Metro...hikhikhik

    Metro Sabtu, 21hb Julai 2012..Salam Ramadhan dari staf-staf POMEPURE...Ramadhan Al-Mubarak!

    Ulangtahun Perkahwinanku yang ke - 5

    Kepada suamiku,
    Isterimu ini belum lagi sempurna buatmu seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah dan isteri-isteri Rasulullah SAW serta para sahabat.

    Belum punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi suka duka alam perkahwinan. Lanta
    ran itu, kata-kata yang mengguris perasaan selalu terluah dek tak tertahan dugaan yang kadangkala datang menjengah. Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku. Kerana gentar juga diri ini andai tak tercium bau syurga. T_T

    Wahai suamiku..
    Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke 5 ini, ingin isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita

      SocialPromoter