Friday, 14 October 2011

Hati-hati dengan template blogspot/wordpress percuma

sekadar gambar hiasanSaya sering terlibat dengan design website dan blog. Seringkali saya mengambil template percuma dari mana-mana website untuk dijadikan asas sebelum saya memulakan kerja design. Dari sini lah saya perasan yang ramai pemberi template percuma ini adalah orang yang tidak jujur...

Pernah perasan tak yang sesetengah blog yang menggunakan template percuma ni kalau kita masuk, akan keluar iklan pop under? anda rasa, adakah pembina blog tersebut tahu menggunakan iklan pop under? sebenarnya iklan tersebut diletakkan oleh pembina template blog tersebut untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan tektik kotor.

Malah kadang-kala iklan yang keluar itu adalah iklan-iklan lucah yang langsung tidak menggambarkan bloh yang kita masuk.

Kalau anda rasa perbuatan itu jahat, tunggu dulu, ada sesetengah pemberi template percuma yang lebih jahat lagi. Ada yang meletakkan spyware yang boleh masuk ke dalam server anda atau ke dalam server pelawat anda lalu memberi akses kepada pemilik template percuma itu tadi untuk sesuka hati menceroboh ke dalam blog atau server anda.

Selain itu ada juga pemberi template percuma yang menyembunyikan banyak keyword untuk backlink dan ada yang meletakkan code lock yang memaksa pengunjung blog anda mengisi CPA offer untuk mengakses isi kendungan blog anda.

Jadi berhati-hatilah dalam memilih template percuma.

0 comments: