Wednesday 22 February 2012

layan lagu hindi jap...

assalam...heheheh....aku nim peminat setia citer hindi...semua citer aku bantai janji best and lagu2 pon sodap nak dengar,, tp aku paling suka si kareena kapoor dgn Shahrukh khan tau semua citer mereka berdua ni aku tgk... yang latest aku tgk citer Ra-One... haaa ni salah satu lagu peberet aku... nah silakanlah dengar ye...

Girl you are my chammak challo.
Where you go girl, I'm gonna follow.
What you want girl just let me know.
Girl be my chammak challo.

Shawty I'm gonna get ya.
You know I'm gonna get ya.
You know I will even let you be my chammak challo.

Kaisa sharmaana aaja nach ke dikha de.
Aa meri hove aaja parda gira de.
Aa meri akhiyon se akhiyan mila le.
Ab tu na nakhre dikha...

Wanna be my chammak challo, o o o..
Wanna be my chammak challo, o o o..
Wanna be my chammak challo, o o o..
Wanna be my chammak challo, o o o..

Tu meri chammak challo.
Teri picture ka main hero.
Give it to me girl mujko de do.
Ho ho hoo.
You can be my chammak challo.

Shawty I'm gonna get ya.
You know I'm gonna get ya.Maybe I leave n let you be my chammak chammak challo.

heee best kan lagu nim...anak aku bukan main lagi layan lagu nim..siap ikut rentak tari nya lagi..malahan siap hafal lirik lagu nim lagi...padahal my daughter only 4 years old...hahaha...minat punya pasal sampai lagu pon hafal...mujur lah doa2 harian dia ingat jugak...hehehehe...

Grand POM Pomepure @ Hotel Seri Malaysia Kuantan 25 Feb 2012,

assalam semua para pembaca...arap korang semua terhibur dgn ape yg ade kat blog ni ek...actually aku nim jenis malas nak hapdet blog sebenarnya hahahaha...aku ni jenis cepat ketandusan idea lah...arap pada sesape yg sudi membaca tue..sila komen ek tuk menceriakan blog aku nim..ape2 pon buah pikiran korang aku terima dgn ati terbuka..

esok aku n semua staff kat opis kena gie outstation kat kuantan... outstation kali nim sama jew dgn kat kelantan ritu..Jom pakat gi Grand POM Pomepure @ Hotel Seri Malaysia Kuantan 25 Feb 2012, (8.30pm - 11.pm)..Ayuh berkongsi produk terhebat abad ini Jus Asli Delima Organik, Jus Asli Delima + Berry dan Kopi Biji Delima ...dan rebutlah peluang perniagaan dengan sistem yang mudah, ringkas dan pasti Poket anda Lebat..Dengari Promo Pomepure di THR Gegar setiap hari

Gegaran Pomepure 2012

haaa pada yang tgl berdekatan dgn kuantan jemputlah hadir bagi memeriahkan majlis....dan mendapat informasi2 pasal produk pomepure nim...kalu nak tahu kelebihan dan keberkesanan produk Pomepure nim...jommm jupe leader2 hebat dan testimoni2 yang telah berjaya dan kembali sihat (dgn izin ALLAH)...

klah nti kita jupa lagi pada entry yg akan dtg k..stay tune...hehehe

Sunday 19 February 2012

Jadilah Rakan Yang Baik...

Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.
Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.
Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang.
Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kita boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Kita juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kita terhadap perkara yang kita tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.
"Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."
Masa senang adalah masa yang paling disukai oleh sesiapa sahaja. Pada waktu senang ramai rakan-rakan akan bersama dengan kita. Mereka akan berasa seronok dapat berkawan dengan kita. Kita juga akan berasa seronok mempunyai rakan-rakan yang ramai. Semua orang akan rasa gembira apabila berada pada waktu senang.
Tetapi langit tidak selalu cerah. Kita akan diuji oleh Allah S.W.T dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai orang yang dapat membantu diri kita. Pada waktu ini juga kita akan dapat menilai siapakah yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita. Ramai rakan-rakan akan lari meninggalkan diri kita kerana kesusahan yang kita alami.
Jika masih ada rakan-rakan yang setia bersama dengan kita itulah rakan-rakan yang benar ikhlas dan hubungan persahabatan yang dibina. Mereka akan cuba membantu kita mengikut kemampuan diri mereka. Bersyukurlah kita jika mempunyai rakan-rakan yang setia bersama dengan kita di waktu susah.
Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kita. Jika kita tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kita, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kita mengikut kemampuan diri kita. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka.
Contoh hubungan persahabatan terbaik yang perlu kita contohi adalah sahabat-sahabat seperjuangan Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar As-Siddiq Umar Al Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib dan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Mereka bersahabat kerana Allah S.W.T dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan agama Islam. Tidak kira di waktu susah atau pun senang mereka akan tetap berjuang bersama dengan Rasulullah S.A.W. Itulah contoh sahabat terbaik yang perlu kita contohi.
Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.
Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Kota Paling Busuk

Sebenarnya ada banyak lagi kota yang lebih busuk tetapi 5 kota ni termasuk dalam list ni kerana kota-kota ini terkenal dan menjadi tempat tumpuan pelancong.

1. Cancun, Mexico

Cancun terkenal di kalangan para pelancong asing karena keindahan pantai dan suasana pestanya fantastik. Bukan itu saja, Cancun juga populor kerana baunya yang kurang menyenangkan. Kononnya, bau menyengat yang sering dihidu di kota pantai yang terletak di bagian selatan Mexico ini berasal dari kawasan pembentungan bawah tanah yang berada di sekitar hotel-hotel di sana.

2. Venice, Italy

Kota ini terkenal sebagai kota yang indah dan romantik. Tetapi jangan mengunjungi Venice pada musim panas. Pada masa itu, pembersihan sampah sedang dilakukan, samahh akan dibuang terus ke dalam saluran. Cuaca panas menjadi baunya lebih kuat.

3. Rotorua, New Zealand

Rotorua adalah sebuah kota di selatan Tasik Rotorua di region Bay of Plenty, Pulau Utara New Zealand. Kota ini terkenal dengan kolam air panasnya yang menakjubkan. Namun begitu, para pelancong sedikit terganggu dengan bau seakan-akan aroma telur busuk. Hal itu disebabkanpembebasan hidrogen sulfida dari geyser. Kota ini juga dikenali Kota Sulfur.

4. St Helen Auckland, Durham

St Helen Auckland, mungkin bukan destinasi hiburan yang tepat jika yang anda inginkan udara yang segar.Sebagian besar petani tempatan menghasilkan bawang, sehingga desa kecil ini pun berbau seperti bawang yang sudah tengik. 

5. Cote-D'or, France

Daerah di bagian selatan Prancis ini sering berbau kurang enak karena merupakan pusat pengeluaran keju paling bau di dunia. Nama keju tersebut adalah The Epoisses de Bourgogne. Baunya sangat tidak enak, sehingga makanan ini dilarang dibawa masuk kedalam pengangkutan awam. 

(sumber :blogsanasini)

Wednesday 15 February 2012

Diet Atkins lebihkan sumber Protien daripada karbohidrat

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.
Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. 
- 0.5 karbohidrat
Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) 
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). 
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:

1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. 
asalkan BUKAN nasi, roti.
 Fast food 
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
 Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.
Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.
Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.
Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.
Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
Disunting Daripada www.atkins.com

Antara makanan yang membakar kalori ...

Tahukah anda, terdapat banyak jenis makanan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai makanan pembakar kalori bagi membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia adalah satu kelebihan untuk membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh.
Antara fungsi makanan ini adalah membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah. Ini membantu anda untuk tidak kerap berasa lapar. Selain itu, ia juga membantu merangsang metabolisme tubuh untuk mempercepatkan pembakaran kalori. Sudah tentu faktor-faktor ini sangat membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan.

Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda.

Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C.  Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.

Air Putih
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi.

Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu anda.

Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu setiap hari.

Epal
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.

Barli
Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.

Kacang Hitam (Black Beans)
Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.

Tembikai Susu Jingga (Rock Melon)
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.

Lobak Merah
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.

Bijirin (Cereal)
Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.

Cili Merah
kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan dalam masakan anda.

Fruit Smoothies 
 Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak.

Halia
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda.  Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.

Teh Hijau
Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.

Bawang merah
Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.

Tuesday 14 February 2012

diet oh diet

assalam....

alamak berat badan aku dah naik....isaunya...kena diet lah camni byk baju yang dah tak muat, hubby cakap tak payah dok gatai nak beli baju baru... pakai baju lama ... camner nak pakai kalu berat badan dah naik semua baju dan seluar ketat...so hubby aku cakap " awak kena kurangkan makan, berdiet lah " ....hmmmm aku pon risau bila berat badan aku naik camni...

start 2 hari lepas aku pon search lah kat internet tips diet ni...cari punya cari jumpalah Diet Cara Atkins nim...  so aku baca n pahamkan ape yang dia nak... diet cara atkins nim xleh makan carbo... ni bermakna aku xleh makan nasi lah...adussss camner nim ..sejak azali perutku dah diajar makan nasi...camner leh tinggal camtu jew...ketar lutut aku nti...so aku kuatkan semangat utk cuba...pada mulanya memang pening kepala. sebab tak makan nasi...so aku makan roti hahaha...sama je lah roti pon karbo jgk kan... 1st try tak menjadi..so aku try buat lagi dan slow2 ..aku mkan sekali sehari jew nasi tu pon dalam kuantiti yang sedikit...aku banyak minum air putih..alhamdulillah aku rasa badan aku ringan cikit...walaupon saiz tak berubah...aku akan cuba buat diet atkins nim dlm masa 2 minggu...utk tempoh induction...

arap aku dapat menahan godaan makanan yang best2 nim...demi jimatkan duit dari beli baju baru dan demi kesihatanku serta demi org tersayang ...aku akan cuba bertahan TIDAK MAKAN KARBO MELEBIHI 35g SEHARI ...aku baru mula semalam so tinggal lagi 13 hari utk tidak makan karbo...huishhh lama tue

oklah nanti aku akan citer kisah aku diet nim pada entry akan datang ek...tunggu perubahan diriku...hahahaha

SocialPromoter