Tuesday, 24 April 2012

7 Tips Kempiskan Perut Yang Buncit

Assalam..

Sebenarnya aku tengah gigih mencari solution macam mana nak kempiskan perut yang buncit. hehehe... dah banyak sangat ubat kurus aku makan tp satu pon tak menjadi... Ntahlah, ubat tu ke yang salah atau aku yang tak reti diet...

Sedang aku dop search kat google pasal topik di atas , aku terjumpa lah satu info dari satu blog tuh pasal bagaimana nk kempiskan perut yang buncit.... Yelah kan perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Monday, 23 April 2012

Skincare terhangat di pasaran...2012

Assalam...

wahhhh.... terbaek lah tajuk pada kali nim...heheh.... Maag nak tukar skincare terbaru plak .jap lagi nk gie beli dgn dealer kawasan dungun  ni... Yna ...haaaa nk tau skincare ape yg tersohor sangat tuh... ni haaaa skincare EVERLYNN. baru nk try, sebb tengok dah ramai testimoni yang berjaya dengan menggunakan skincare everlynn nim.. so Maag pon teringin ler nk cuba sebb muka Maag nim kusam dan berminyak,,, kalu dop lama dalam bilik yang de ekon tuh lagi ler... siap ngelupas lagi..kering... Tapi sebelom nim Maag guna produk lain, tp ntah ler tetiba jew nk tukar produk everlynn plak... hehehe gatai kan..

haaa ni ler gambar skincare Everlynn tuh...

EVERLYNN dihasilkan daripada formula Perancis & Switzerland dengan menggunakan tumbuhan – tumbuhan, buah-buahan dan sumber semulajadi di dasar lautan. Formula yang dihasilkan telah diuji keberkesanannya dalam memberikan perlindungan dan memelihara kulit anda agar lebih jelita, muda dan berseri.

EVERLYNN dihasilkan daripada formula Perancis & Switzerland dengan menggunakan tumbuhan – tumbuhan, buah-buahan dan sumber semulajadi di dasar lautan. Formula yang dihasilkan telah diuji keberkesanannya dalam memberikan perlindungan dan memelihara kulit anda agar lebih jelita, muda dan berseri. Produk di bawah kawalan... kilang ....."licensed with GMP Certificate by MOH since 2000 and the only manufacturer of skin care products conducted by experienced dermatologist and medical cosmetologist." Selamat & Halal digunakan, diluluskan oleh KKM.. Kombinasi ekstrak aktif Marine Collagen, Aloe Vera, Bearberry sebagai komposisi utama kepada produk EVERLYNN membantu mempercepatkan pemulihan kulit melalui percambahan sel yang effektif, memberi kelembapan dan perlindungan yang sempurna daripada masalah kekeringan kulit & kulit tampak lebih segar,bermaya, anjal, gebu dan masalah-masalah jeragat,jerawat, kulit kusam dapat diselesaikan dengan mudah.

Alah kalu nak cantik nim jangan di pikir sangat ler pasal harga tu... bukan pe kalu kita cantik, kita punyer self confident tu tinggi... kita tak malu nk bergaul dengan orang...lebih2 lagi yg bekerja kena jumpe orang selalu ni alah cam Marketing Executive tu...kalu muka tak cantik, kusam, jerawat penuh... mesti self confident kita down kan... ape2 pon yang penting niat... 

klah Maag banyak keje nim, ni pon curi2 jew update blog... hehehe... see u in next entry k... ( btol ke tak ayat omputeh tuh... tibai jew)...

Sunday, 22 April 2012

Pomepure International Exhibition Shanghai

Assalam semua,,,

wow... hebat kan Pomepure... dah sampai China, terbaek lah... kat sini Maag nak tunjuk kat para pembaca blog Maag yang Pomepure Brand dah sampai kat negara China, negara yang mempunyai populasi penduduk yang ramai di rantau Asia malahan dunia..( yeke ke tak statement Maag nih, kalu salah mintak ampun ye)

Kalau kamu semua nak tahu masyarakat cina di negara China memberitahu bahawa buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.  Tapi dari sudut pemakanan pula, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai UBAT PENAWAR. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk

Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud:

"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". 

Kat sini Maag kongsi kan kejayaan Jus Delima Pomepure yang berjaya menggegarkan negara China..

Pic 1

Pic 2

Pic 3

Pic 4

Pomepure get marvelous respond from China Market...Ayuh Malaysia kita GEGAR...hehehe

Alamat company Pomepure di China :
YiwuKidy Trade Co. Ltd301#,No.11,27 building ,XingzhongDistrict,Yiwucity,ZhejiangProvince,China

Saturday, 21 April 2012

Tips Kurus : Cabaran 7 Hari Menu Diet Tanpa Nasi

Assalam semua,,

Wow tengok pada tajuk pon dah seram kan, 7 hari diet tanpa nasi, ade brani mau coba geng,, Maag pon tgh berdiet sekarang nim, ingat nk raya pada tahun nim biar nampak vogue gitu... dah lama berangan nk pakai kebaya nim tp selalu fail sebb terlebih berat badan or lemak berlebihan hahaha...Nah sekrang Maag ade jupe satu tips nim masa Maag tgh dop cari artikel turunkan berat badan Maag jumpelah satu blog tuh tulis pasal nim ( minta ampun penulis blog tu ye Maag amik karya kamu)

jom kongsi bersama...cekedout

1) Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang. 
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi. 
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. 
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya. 
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup. 
2)Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. 
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya. 
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. 
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau. 
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. 
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar. 
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa. 
3)Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua. 
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini. 
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan… 
4)Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. 
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu. 
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. 
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan. 
5)Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)
  • Hari untuk daging dan tomato. 
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar. 
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik. 
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
6)Hari Keenam (daging dengan sayur berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )
  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur. 
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. 
  • Tetapi jangan makan kentang putar. 
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. 
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu. 

7)Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang. 
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. 
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari. 

hahaha ade berani mau cuba.... jom cuba bersama dan kurangkan obesiti kat malaysia nim, kesian baju2 cantik kat pasaraya tu mintak kiter beli...hehehe....bye

Benefits of skincare

assalam....

Wow... tengok tajuk mabeles ahhh Maag, ade kemajuan, bila nulis blog dalam BI nim hehehe.... ni pon beradong (orang ganu kato) cari dalam kamus hahaha ..mesti korang fenin pale kan cari maksud " beradong" hahah maksudnyer ialah bertungkus lumus...

well lets we see...the benefits of skincare...

*Improve complexion
*Detoxify skin
*Increases circulation
*Tighten facial skin
*Unclog pores
*Remove dead skin cells
*Hydrate skin

dah cukup dgn ayat omputeh tu, tak lalu Maag nk ngadap kamus dop cari maksud hehehe.. Ni masa Maag tengah dop cari tips penjagaan wajah, Maag ade jumpe satu tips nim, memang baguih ler.. jom kita kongsi bersama ye....

Kenali Jenis Kulit Muka Sebelum Membeli Produk Penjagaan Muka

Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.

Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.

Kulit kering

Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.

Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

Kulit kombinasi
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.

Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

Jika Seorang Lelaki

Jika Seorang LELAKi yg berani menyentuh tangan Wanita atau menciumnya...Lelaki ini bukan menyintaimu,,malah MENGHINA & MEMPERMAINKANMU..cinta ini dinamakan CINTA JIJIK & KOTOR.

Jika LELAKI ini benar-benar MENYINTAIMU..dia tidak akan pernah Menyentuhmu walaupun sedikit sebelum bernikah..kerana dia terlalu menjaga MARUAH mu dan ingin menikahimu secara halal duhai Wanita...Dan ini barulah dinamakan CINTA SEJATI..

Lelaki Yang Kacak ...hmmm

Lelaki yang kacak.

.
Lelaki yang kacak… lelaki yang tidak akan mempermainkan perasaan wanita.. tidak akan menabur janji-janji manis.. tidak akan membiarkan wanita menangis teresak-esak kerananya.. tidak akan mengkhianati kepercayaan orang lain.. kerana dia takot pada balasan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. lelaki yang tidak akan menipu demi kepentingan diri sendiri.. tidak akan mempergunakan orang lain untuk kesenangan dirinya sendiri.. tidak akan menindas orang yang lemah daripadanya.. kerana dia takot pada balasan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan menyakiti hati wanita.. tidak akan memukul wanita meskipun isterinya.. kerana dia takot pada balasan Allah..
Lelaki yang kacak.. tidak akan menghabiskan duit wanita untuk kepentingan diri sendiri.. tidak akan mencuri hak orang lain.. tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain.. kerana dia takot pada balasan Allah…
.
Tetapi…
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan melupakan Allah.. tidak akan sesekali ingkar pada perintah Allah.. seorang yang taat pada Allah dan Rasul-Nya… kerana dia mengimpikan syurga Allah..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan seharian.. sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.. sentiasa berserah pada Allah..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa bersabar ketika menghadapi ujian dari Allah.. tidak akan putus asa untuk mengharungi segala ujian yang diberikan.. tidak akan pernah menyalahkan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. akan menjadikan jihad fisabilillah sebagai matlamat dalam hidupnya..
.
Lelaki yang kacak.. akan selalu memohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada dosa kecil mahupun besar.. sengaja atau tidak sengaja..
.
Lelaki yang kacak.. sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.. sangat takut melakukan dosa kerana dia tahu akan balasan yang akan diperolehi di akhirat kelak..
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.. selalu bertawakal kepada Allah dalam mengharungi kehidupan sehariannya..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.. tidak akan memutuskan silaturrahim sesama saudara mahupun sahabat..
.
Lelaki yang kacak.. sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran..
Lelaki yang kacak.. sangat kuat memegang amanah… sangat berpegang pada janjinya dan menjaga rahsia kaum keluarga dan sahabat handainya..
.
Dan lelaki yang kacak juga.. seorang yang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah..
.
Itulah ciri-ciri seorang lelaki yang benar-benar kacak.. bukan kacak di mata manusia sahaja malah kacak di mata Maha Pencipta.. seorang yang mendambakan syurga di akhirat nanti..
.
.
Salam sayang ;').

saje jew nk nulis

assalam pada semua pembaca blog maag nim,,,

hahaha aku ni kejap bahasakan diri saya, aku, sekarang dah tukar dah nk panggil Maag plak... aci dop ? hehehe ,,,

anyway aku stress sekarang ni, mgu lepas aku kena maroh dgn sesorang, haipppp..., geram btol ler... tetiba nk marah aku, dia bukan nya bosh aku pon, staff tempat keje aku pon bukan, apahal ko nk marah aku... hangin maag tau.. tensionnnnn, tp tahan jewlah sebb dia org tua, tp mendidih gak darah nim, ketar habis badan tahan marah... stresssss......

anyway jus forget about last week punyer citer, agak lama dah Maag tak nulis isi hati  ni dalam blog, bukan pe, bz sgt dgn keje opis nim, memandangkan company baru je tukar system baru so byklah problems kena settle kan dgn customers nim... Maag plak bahagian pembayaran bonus pada ahli ... ooppssss korang dah tau ke belom Maag keje sebagai ape? owhh belom ek, hmmm Maag keje sebagai tukang buat bonus kat ahli Pomepure nim, kalu bab2 bonus , mmg Maag ler yang buat tp Maag tak buat seorang, Maag buat dgn partner Maag , Leeya..

memang tension bila dop bahagian nim, lebih2 lagi plak ade ahli / customers yg tak sabar2 nk tau bape bonus dia dapat pada bulan ni, pastu ade gak ahli yg asyik tnya soklan sama tiap kali call, naik cair taik tinge Maag bila dengar soklan sama, dan terpaksa bagi penerangan yg sama, siap hafal dah jawapan nya...huhuhu ... hmmm biasalah org kan... redho jewlah...

hahaha,,,, dari last week lagi Maag dop layan citer filipina ni.. Endless Love... ( sebijik copy paste citer korea Autumm In My Heart) Maag layan dgn partner Maag kat opis, sambil buat keje sambil layan citer nim... naseb bosh baik.. hehe faham keadaan staff yg stress....( terima kasih inchik Bosh)...best gak dop layan citer nim dapat plak tgk hero ensemmm..hhahaha...

klah, ada masa lagi Maag tulis lagi ek, nk layan citer jap kat tonton.com nim, citer ape lagi Endless Love ler, nk layan kat umah xdop tenet, layan kat opis ler...huhuh....cikidout...tatata

Sunday, 8 April 2012

BiLa sTRess mELaNDa..

Assalam semua para pembaca yang budiman.

hmmm saya sekarang ni tgh stress sesangat... huh..berat badan naik ler..hadoi yai... aritu leklok turun cantik..alih2 naik mendadak plak...silap saya gak ..tak jaga makan.. nampak badan dah kurus semua makanan ditibainya.. mau nya tak naik mendadak berat badan tuh...

huhu... kena start balik ler diet saya... kali nim saya nak buat diet sehat, tanpa perlu kuarkan satu sen pon.. ( dulu kemain beli produk kurus, tp tak menjadi ) lemak kat badan saya nim mungkin lemak degil kot.. sayang nak tinggalkan tubuh saya yg cantik ni ( puji diri sendiri heheh) bukan pe, bila kita berbadan besar, kita rasa diri kita down tau, cuba korang tengok kat shopping mall, kedai2 baju, butik even kat pasar malam @ pasar minggu pon semua jual baju yg cantik2 dan sesuai utk org kurus. kalu yang besaiz XXL, XL ni nk pakai mesti kena cari baju patern orang tua, kaler yang tak cantik, corak yang tak menarik... btol tak???

cuba korang tengok baju utk si kurus molek, baju lawa2 mcm2 fesyen dan gaya ada.. hmmm tp bukan pasal baju saya nk kurus tp pasal kesihatan tau... kalu badan berisi ni cepat sgt semput dan penat bila buat keje... huhuhu...( dalam hati yeke nim atau nk sedapkan hati)

saya sekarang selalu tengok blog taknak.gemuk yang fofular utk kuruskan badan dgn sihat tuh... baca blog dia byk memberi semangat dan kekuatan pada saya dalam mengharungi perjuangan kuruskan badan ( ayat mcm nk gie berjuang je kan ..ahaksss poyo)

wehhh klah lain kali la plak saya coret utk korang baca ek.. penat lah dah malam... time to go home coz right now i'm at opis buat OT le konon...kahkahkha