Wednesday, 28 September 2011

Delima Anugerah Ilahi

Firman Allah SWT dalam surah Ar Rahman 66-68 :
“Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus menerus.Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan? Di dalam keduanya juga terdapat buah-buahan,serta pohon-pohon kurma dan delima.”

Dalam sebuah hadis mauquf dan marfu’,Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk dalam buah syurga.
“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam,melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga.Jika terjatuh salah satu daripadanya,maka ambillah.Tidaklah satu biji buah delima masuk kedalam perut seorang muslim,melainkan biji buah delima itu akan meneranginya selama 40 hari.”

Sabda rasulullah SAW,maksudnya :
“Buah delima adalah penghulu buah-buahan.Sesiapa yang makan buah delima,maka syaitan menjadi marah selama 40 hari.Kerana jika syaitan makan buah delima,maka dia akan tidak akn ditakuti oleh seorangpun.”

Harb dan lainnya  meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda,maksudnya:
“Makanlah buah delima berserta minyak dan lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan.”
(HR.Imam Ahmad)

Ibnu Qayyim dalam buku At-Tibb An Nabawi berkata tentang buah delima :
“Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana ia dapat menguatkannya”.

Ali Radhiallahu anhu berkata :
“Berilah makan anak-anak kecilmu buah delima kerana dia mempercepatkan lisan mereka dapat berbicara”.

Ali Radhiallahu anhu berkata :
“Makan buah delima menambah potensi sperma lelaki dan memperbagus anak yang dilahirkan”.

0 comments: