Tuesday 3 January 2012

Warkah seorang kakak buat adik-adikku sayang

Wahai adik-adikku, di dalam Islam tiada istilah bercinta sebelum bernikah. Tiada juga budaya ber'couple'. Cinta itu satu fitrah dan haruslah disalurkan pada tempat yang betul. Tidak malukah adik-adik pada Allah, apabila melafazkan rasa cinta pada yang belum pasti milik kita?

Tidak malukah adik-adik pada Allah semasa adik-adik berbangga menunjukkan kek...
asih yang tidak halal itu kepada rakan-rakan? Berbanggakah adik-adik apabila memaparkan gambar-gambar bersama kekasih tidak halal itu pada khalayak umum?

Kekasih yang tidak halal itu belum tentu jodoh adik-adik, tetapi adik-adik sudah memberikan hati kepada mereka. Kerana apa cinta adik-adik kepada kekasih tidak halal itu? Kerana Allah kah? Jika kerana Allah, pastinya adik-adik tidak akan memberikan cinta kepada mereka yang tidak halal buat adik-adik. Jadi, kerana apakah cinta itu?

Adik-adik yang disayangi, jika kau sayangkan dirimu, jauhkan lah dirimu dari bercinta dengan kekasih yang tidak halal bagimu. Jika kau sedang bercinta, putuskanlah kasihmu dengan kekasih yang tidak halal itu kerana Allah. Perjalananmu masih jauh. Satu saat nanti, jodohmu pasti akan tiba juga dan Allah akan memberikan jodoh yang terbaik buatmu. Saat itu, bercintalah kau kerana Allah kerana pastinya cinta itu adalah yang halal untukmu. 

- via Siti Muslimah

0 comments:

SocialPromoter